Memberi impak kepada dunia dengan memperkasakan individu.
BWL membantu orang ramai menjalani kehidupan terbaik melalui:
Kami berdedikasi untuk memupuk budaya keharmonian yang dibina atas sikap hormat-menghormati.
Kami menghargai kebenaran dan keikhlasan dalam hubungan kami dengan para pengedar, rakan-kongsi, dan pelanggan. Kami hanya menawarkan produk-produk yang berkualiti yang memenuhi keperluan sebenar.
Kami, bersama dengan para pengedar dan rakan kongsi, menyahut setiap hari dengan semangat dan sikap ingin tahu, kami juga merupakan pelajar tegar dengan hasrat untuk mencipta kemungkinan yang baru dan menjadi insan yang lebih baik.
Individu merupakan teras perniagaan dan tujuan kami wujud. Kami berusaha untuk membina sebuah komuniti yang bersemangat dan inklusif di mana para pengedar, rakan kongsi, serta pelanggan dapat berhubung, melibatkan diri, dan bertukar fikiran dalam persekitaran yang membantu dan menggalakkan.
Seorang yang berwawasan dengan kepintaran intuitif dalam bidang keusahawanan, Dora menerajui bahagian strategi pemasaran dan pembangunan perniagaan. Kepakaran beliau dalam bidang penjualan langsung dan pemikiran strategik telah meningkatkan Best World daripada sebuah perniagaan tempatan kepada sebuah perusahaan Asian yang mantap secara mendadak.
Doreen menggabungkan pengetahuan kecantikan dan pemakanan yang luas dengan pemahaman yang mendalam tentang keperluan pengguna. Beliau berkhidmat sebagai Key Product Specialist, memantau pembangunan produk Kumpulan serta menerajui latihan produk dan pendidikan kesihatan.