Terma dan Syarat Penggunaan


Terima kasih kerana melawat laman web Best World Lifestyle ("BWL", "kami") atau menggunakan aplikasi mudah alih kami ("Aplikasi"). Sekiranya anda terus melayari dan menggunakan laman web atau Aplikasi BWL, anda dengan ini bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan ("Terma") yang dinyatakan di bawah.

Sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun, anda hanya boleh mengakses dan menggunakan laman web atau Aplikasi kami dengan penglibatan ibu bapa/penjaga anda dan kami menganggap bahawa semua transaksi dan interaksi dilakukan oleh anda adalah dengan persetujuan ibu bapa/penjaga anda.



Hak Harta Intelek

Semua kandungan di laman web dan Aplikasi BWL, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, grafik, imej, audio, video, logo dan item digital lain yang boleh dimuat turun adalah hak milik BWL atau pembekal kandungannya. Mereka dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Tiada bahagian sesama laman web ini yang boleh disalin, dipaparkan, diterbitkan semula, diubah suai atau diedar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa-apa cara atau disimpan dalam sistem pengambilan maklumat tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada BWL.


Akses dan Penggunaan Kandungan

Anda diberi hak terhad untuk mengakses dan menggunakan laman web atau Aplikasi BWL untuk kegunaan peribadi. Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam persetujuan bertulis daripada BWL, penggunaan kandungan laman web atau Aplikasi BWL adalah tertakluk kepada terma-terma berikut:

  • Anda tidak dibenarkan memuat turun dan/atau mengubah suai kandungan di laman web atau Aplikasi BWL selain untuk rujukan anda sendiri.
  • Anda dilarang menghasilkan semula atau menyalin laman web atau Aplikasi BWL, atau mana-mana bahan yang terkandung di dalamnya.
  • Anda diberi hak yang boleh dibatalkan dan tidak eksklusif untuk membuat hiperpautan (hyperlink) ke laman web atau Aplikasi BWL, dengan syarat tindakan anda tidak mewakili BWL, dan juga tidak membentangkan BWL dan produk serta perkhidmatannya sebagai entiti yang palsu, mengelirukan, menyalahgambarkan dan menyinggung perasaan.
  • Anda dilarang membekalkan sebarang kandungan laman web atau Aplikasi BWL dengan cara automatik dan/atau manual; dalam bentuk elektronik dan/atau bercetak kepada entiti atau orang lain.
  • Anda tidak boleh cuba meretas, mengganggu, melumpuhkan atau mengganggu perkhidmatan dalam laman web atau Aplikasi BWL..

Akaun EXS Anda

Setelah anda berjaya mendaftar sendiri sebagai ahli BWL, anda akan memilik satu Akaun EXS. Anda bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan, ketepatan dan penggunaan akaun serta kata laluan. Kami berhak untuk menamatkan akses anda ke akaun anda tanpa notis terlebih dahulu.


Perlindungan Data Peribadi

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan perlindungan data peribadi anda yang disimpan bersama kami, sila baca AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI .


Produk dan Pembungkusan

Dari semasa ke semasa, kami akan mengubah suai dan meningkatkan produk kami dan/atau pembungkusannya. Semasa membuat pembelian dari Kedai Online kami melalui laman web atau Aplikasi BWL, anda bersetuju bahawa produk sebenar yang anda terima mungkin mempunyai sedikit perbezaan dari gambar dan/atau spesifikasinya yang dibentangkan pada laman web atau Aplikasi kami. Kami tidak bertanggungjawab untuk membekalkan produk mengikut tepat gambar dan/atau spesifikasi yang sepadan.


Harga

Semua harga yang dipaparkan dalam Kedai Online Malaysia ("MY Store") adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

BWL berusaha untuk memastikan bahawa harga produk dan butiran produk yang diiklankan di Kedai Online kami adalah betul dan terkini. Kami berhak untuk mengubah harga produk dan butiran produk tanpa notis terlebih dahulu.

Harga pada Kedai Online kami adalah untuk pembelian dalam talian sahaja.


Penghantaran

Semasa membuat pembelian dari Kedai Online kami, caj penghantaran mungkin dikenakan. Ia dikira berdasarkan jumlah berat produk yang anda pesan, destinasi penghantaran anda dan kaedah penghantaran yang dipilih. Berat produk yang dipakai mungkin berat sebenar atau berat volumetrik (produk besar tetapi ringan), yang mana lebih tinggi. Anda bertanggungjawab untuk pembayaran semua caj penghantaran yang berkenaan, melainkan dinyatakan sebaliknya.

Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM1900 untuk setiap pesanan dalam satu invois.

Sesetengah negara mengenakan had nilai harian untuk penghantaran import mereka. Oleh itu, pesanan besar mungkin dibahagikan dan dihantar secara berasingan untuk mematuhi peraturan negara-negara tersebut. Caj penghantaran mencerminkan kadar terkini yang diterima pakai dan mungkin berbeza dari semasa ke semasa, maka kami tidak akan dapat memberitahu anda caj yang tepat terlebih dahulu. Pemahaman anda amat dihargai. Oleh sebab pelbagai peraturan dan sekatan perdagangan, BWL dan pembekal perkhidmatan penghantarannya mungkin tidak dapat membekalkan penghantaran ke semua negara.

Di mana berkenaan, kami akan menganggarkan dan memaklumkan kepada anda jumlah masa yang diperlukan untuk penghantaran anda tiba di alamat penghantaran yang anda tetapkan. Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan penghantaran anda tiba tepat pada waktunya, ini bagaimanapun tidak dijamin. Ketepatan masa penghantaran anda masih tertakluk kepada pelepasan kastam di negara destinasi penghantaran anda.

Semua pesanan melalui MY Store biasanya dihantar dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja selepas diletakkan. Sekiranya berlaku sebarang kelewatan, kami akan memberitahu anda melalui e-mel. Untuk apa-apa barang yang hilang, sila maklumkan kepada kami dalam masa 5 hari selepas menerima bungkusan pesanan dan kami akan mengatur penggantian dengan sewajarnya.


Risiko Kehilangan dan Rampasan

BWL berusaha untuk mengguna perkhidmatan daripada pembekal penghantaran profesional yang boleh dipercayai untuk menghantar produk yang anda pesan dari Kedai Online kami. Walau bagaimanapun, ini tidak menjamin anda pasti dapat menerima bungkusan pesanan anda kerana risiko kehilangan atau rampasan oleh kastam. Risiko ini akan ditanggung oleh anda selepas kami menghantar pesanan anda.


Pembatalan dan Pindaan Pesanan

Apabila membuat pembelian dari MY Store, anda boleh membatalkan atau meminda pesanan anda dalam hari pembelian yang sama, iaitu sebelum pukul 2359, waktu Malaysia (GMT+8).

Anda dibenarkan menukar alamat penghantaran SEKALI sahaja untuk pesanan yang belum dihantar. Untuk semua perubahan lain, anda boleh membatalkan pesanan anda dan membuat pesanan baharu.

Yuran pembatalan sebanyak RM90 akan dikenakan.

Untuk sebarang pembatalan yang dibuat, BWL berhak untuk membatalkan, menarik balik bonus dan/atau menurunkan pangkat sesiapa yang terpengaruhi tetapi tidak terhad kepada, pembeli dan/atau upline (tingkat atas) -nya.


Waktu Cut-off

Waktu cut-off untuk semua jualan dan pendaftaran ahli baru adalah pada hari terakhir setiap bulan, pukul 2359, waktu Singapura (GMT+8) kecuali bulan Disember, tertakluk kepada tarikh penutupan akaun kewangan.

Semua insentif dan promosi juga akan mematuhi waktu Singapura (GMT+8).


Dasar Pertukaran dan Bayaran Balik

Semasa membuat pembelian dari Kedai Online kami, anda boleh menuntut untuk pertukaran bagi produk yang dihantar salah atau rosak dengan memulangkan produk setelah anda menerima bungkusan pesanan anda. Anda juga boleh mengembalikan produk untuk bayaran balik jika anda tidak berpuas hati dengan produk kami atas sebarang sebab.

Semua pemulangan mesti dilakukan dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pembelian. Produk yang dipulangkan mestilah dalam pembungkusan asalnya dan disertakan dengan invois asal. Produk yang tidak rosak yang dikembalikan mestilah dalam keadaan baik dan boleh dijual semula.

Semua kos penghantaran yang berkaitan dengan pemulangan tidak akan ditanggung oleh BWL.

Sebarang bayaran balik yang dibuat melebihi tempoh masa yang ditetapkan akan dikenakan bayaran pemprosesan. Ini mungkin termasuk yuran pentadbiran sebanyak RM90 dan caj kad kredit asal 0.9% yang dikira berdasarkan harga produk yang dipulangkan. Yuran ini akan ditolak terus daripada jumlah bayaran balik (jumlah invois).

Proses bayaran balik mungkin mengambil masa maksimum 3 minggu untuk diselesaikan.

Untuk sebarang bayaran balik yang dibuat, BWL berhak untuk membatalkan, menarik balik bonus dan/atau menurunkan pangkat sesiapa yang terpengaruhi tetapi tidak terhad kepada, pembeli dan/atau upline (tingkat atas) -nya.


Bonus

Ahli BWL yang berkelayakan berhak mendapat komisen, ganjaran, rebat, insentif dan/atau dividen (selepas ini dirujuk sebagai Bonus) yang dihasilkan daripada pembelian dari Kedai Online kami. Untuk tujuan mengira bonus ini, bulan di mana anda mengesahkan pembelian anda akan diguna-pakai sebagai bulan pengiraan bonus. Bonus ini akan dibayar pada bulan berikutnya. Waktu cut-off setiap bulan untuk tujuan ini akan jatuh pada hari terakhir setiap bulan, waktu Singapura (GMT+8) mengikut sistem pelayan laman web kami.


Penafian Jaminan dan Had Tanggungjawab

Laman web dan Aplikasi BWL, kesemua kandungannya, bahan yang boleh dimuat turun, produk dan perkhidmatan yang dijual atau dibekalkan kepada anda melalui laman web atau Aplikasi kami disediakan "Seperti Adanya" dan "Yang Tersedia". Kecuali dinyatakan sebaliknya secara bertulis, kami tidak membuat jaminan dalam bentuk apapun berkenaan dengan pernyataan sebelumnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jaminan tersirat kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu. Kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang terkandung dalam laman web atau Aplikasi kami, dan untuk sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, khas, sampingan atau berbangkit dalam apa jua bentuk yang boleh dihasilkan sama ada dari penggunaan laman web atau Aplikasi kami, semua kandungannya, bahan yang boleh dimuat turun, produk dan perkhidmatan yang dijual atau dibekalkan kepada anda melalui laman web atau Aplikasi kami.


Komunikasi Elektronik

Oleh sebab sifat semua komunikasi elektronik di mana adanya transaksi internet yang mungkin mengalami gangguan, pemadaman penghantaran, penghantaran tertangguh dan penghantaran data yang salah, BWL tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dalam kemudahan komunikasi yang tidak berada di bawah kawalannya yang boleh menjejaskan kesempurnaan atau ketepatan masa mesej dan transaksi yang anda hantar. Dengan menghantar transaksi, aplikasi atau dokumentasi melalui internet, anda mengakui dan menerima risiko yang boleh wujud dengan kaedah komunikasi ini.


Undang-undang yang Berkuatkuasa

Dengan menggunakan laman web atau Aplikasi BWL, anda bersetuju bahawa Terma di atas dikuatkuasa oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan di negara yang mana laman web atau Aplikasi beroperasi. Sebarang pertikaian yang timbul berkaitan dengan penggunaan laman web atau Aplikasi BWL akan diselesaikan melalui rundingan, pengantaraan atau timbang tara. Sebarang pertikaian yang tidak dapat diselesaikan melalui Penyelesaian Pertikaian Alternatif akhirnya akan diselesaikan oleh mahkamah mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.


Pindaan Terma dan Syarat Penggunaan

BWL berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengubah, mengehadkan, meminda atau menghentikan sebarang aspek, kandungan, atau ciri laman web dan Aplikasi kami, serta sebarang aspek yang berkaitan dengan penggunaan laman web dan Aplikasi. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk menyemak Terma dengan kerap untuk memastikan bahawa anda menyedari sebarang perubahan.

Tarikh Akhir Kemaskini: 01 Julai 2022